Sabtu, 15 Mac 2014

PASUM dan Ukhuwah..

Manisnya ukhuwah itu adalah apabila tidak bertemu, trasa rindu yang teramat.. Hingga kita panjatkan nama akhi yang kita cinta tu dalam bait-bait  doa kita..

Dulu saya kurang mengerti, macam mana menyebut nama seorang sahabat dalam sepotong doa kita.. Mendoakan kesejahteraannya & dipermudahkan segala urusan kebaikannya.. Lama berfikir, cuba mny
elami, merungkai serta memahami erti kata Hujjatul Islam, Imam Ghazali;

"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan dibibir.. Ukhuwah itu trletak pada ingatan seseorang trhadap saudaranya, dalam doanya.."

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Di PASUM ini, Allah berikan keizinian, merasai manisnya sebuah ukhwah itu.. Meski jauh dalam diri, ternyata saya masih tertanya-tanya, benarkah ini yang dimaksudkan dengan ukhuwah?

Bila rasa sayang membuak dalam diri, dipanjatkan doa kepada Ilahi agar Allah menjaganya, percaya betapa Allah jualah sebaik-baik penjaga..

Mungkin ada benarnya kata Imam Ghazali itu, ukhuwah itu terletak pada ingatan dalam doa, kita sandarkan rasa sayang itu kembali kepada yang telah mempertautkan hati-hati kita.. Rasa yakin & percaya bahawa Dialah yangg berdaya menjaga tali prsahabatan kita, bukan pada mahalnya hadiah yang pernah kita berikan mahupun indahnya saat yg kita pernah lalui bersama..

"Segala puji bagi Allah yg tlah mmpertautkn hati2 kita, maka dgn nikmat kurniaanNya, dapatlah kita brsaudara keranaNya.."

ايها اخوان الاحباء، احبكم في الله جميعا، فاحبوانى كالذي احبكم فيه 

Nota kaki : masih ingat org pertama yg mengucapkan 'uhibbuka fillah' kepada saya di PASUM.. Ketika itu hanya mampu tesenyum sahaja.. Hee.. Insya Allah, saya akan terus mncintai ikhwah itu seperti mana dia mencintai saya keranaNya !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan